Berikan aku waktu bersendirian

Fajar masih lagi belum sampai masanya untuk  menyinari hari.. tetapi mengapa aku rasakan aku merindui fajar itu ? ya fajar yang sunggu...




Fajar masih lagi belum sampai masanya untuk  menyinari hari.. tetapi mengapa aku rasakan aku merindui fajar itu ? ya fajar yang sungguh indah itu buat aku rasa sungguh ceria sekali.. tetapi itu semua nya hanyalah angan - angan ku sahaja.. sebab aku pasti selagi aku tidak menemui jawapan pada setiap persoalan yang sentiasa berlegar - legar disegenap fikiranku selagi itulah aku pasti aku tidak akan sama sekali melihat fajar yang aku rindui.. aku akan terus begini.. menjadi seperti diriku yang dahulu.. diriku yang suka mengasingkan diri apabila aku rasakan aku kehilangan diriku.. dan semalam sekali lagi aku kehilangan diriku.. sungguh sukar sebenarnya untuk aku lalui hari semalam.. sehingga aku abaikan diriku.. dan sudah pastilah bila aku abaikan diri aku keadaan aku jadi tak terurus.. tapi dalam aku abaikan diri aku , aku masih lagi ingat apa yang sepatutnya aku lakukan setiap hari.. walau apa pun yang jadi kepada aku.. aku harus lakukannya.. aku tidak bole sesekali lupa untuk makan ubat.. aku selalu tetapkan difikiran setiap masa bahawa..

" UBAT HARUS DIMAKAN "

Harus dan harus.. sebab aku tak nak lagi terus - terusan menanggung sakit.. walaupun aku tahu aku  harus makan ubat sampai akhir hayat.. sebab aku tahu sakitku ini sukar untuk disembuhkan.. tetapi aku tetap redha dengan penyakit ini.. ini semua ujian buat aku.. walaupun aku sedar sekarang ni terlalu banyak ujian buat aku tetapi aku tetapi cuba sabar dan redha..

Semalam berlalu bersama kesedihan yang tetap jua bersarang didalam hati ku ini.. bagaikan telah sebati dan tersemat kemas didalam sanubari ini.. hari ini aku masih lagi melewati awal pagi ini dengan suatu perasaan yang aku sendiri tidak mengerti bagaimana harus aku nyatakan disini.. aku seolah - olah kehilangan kata - kata tetapi jari jemari aku masih lagi belum menunjukkan tanda - tanda keletihan.. ini lah dunia aku.. suka meluahkan apa yang aku rasakan.. walaupun aku hanya meluahkan sebahagiannya tetapi tidak mengapalah biarlah hanya sebahagiaan sahaja.. sebab aku ini jenis yang suka memendam daripada meluahkan.. tapi kalau aku da start meluahkan nanti mula la drama airmata.. so lebih baik aku hanya memendam daripada meluahkan agar tiada siapa yang terluka kerana aku..

Pada awalnya aku cuba buat - buat kuat.. aku masih lagi bole buat itu ini.. aku masih lagi buat apa yang selalu aku buat tetapi dipertengahan nya aku telah mula menunjukkan tanda - tanda kelemahan.. itulah aku.. kuat pada mulanya tetapi lemah pada pertengahanya.. dan sudah pastilah pengakhirannya aku jatuh tersungkur.. tetapi dalam aku jatuh tersungkur itu aku masih lagi bole tersenyum serta membuat lawak dihadapan mereka semua.. apatah lagi aku masih bole lagi memberi semangat pada mereka yang memerlukan aku pada waktu itu.. dan waktu itu aku lupa seketika pada kesedihan aku.. dan apabila mereka yang aku memberi semangat itu mendapat semangat mereka balik pada waktu itulah kesedihan aku menjelma semula.. pelik kan aku ni ? memang ada sesuatu yang pelik tentang aku.. aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak cerita.. tetapi yang aku pasti ada.. aku ade sifat kepelikkan itu.. sepanjang aku hidup aku selalu beri semangat pada orang.. aku buat mereka bersemangat balik untuk meneruskan hidup.. aku buat mereka bangkit balik.. ye alhamdullilah , usaha aku berjaya.. tetapi itu lah aku.. pandai memberi nasihat buat orang tetapi nasihat diri sendiri aku tak pandai.. bukan kah itu PELIK BIN AJAIB.. hehehe.. aku pun sebenarnya tidak memahami diri aku.. jadi aku tak tahu bagaimana nk tafsirkan diri aku.. tapi aku tetap bangga menjadi seorang aku yang bernama ADIBAH BINTI SUKARMAN..

Walaupun aku tak bole cekalkan hati aku sendiri tetapi sekurang - kurang nya aku bole tolong orang lain untuk cekalkan hati mereka.. aku bole buat mereka tersenyum kembali.. aku bole buat mereka bangun semula.. dan sudah pastilah itu lah aku.. pandai gembirakan hati orang.. sebab bagi aku , bila aku dapat tengok kebahagiaan orang lain hati aku dah cukup bahagia.. walaupun hati aku sendiri kadangkala tidak bahagia.. tetapi aku ingin nyatakan disini hati aku tetap bahagia bersama - sama dengan insan - insan yang aku sayangi.. cuma itulah kadangkala hati aku ini degil sedikit.. hati aku suke ikut perasaan sendiri sehingga aku rasa perasaan sedih.. aku sedar aku tak bole salahkan orang lain diatas semua kesedihan hati aku sebab hati aku yang berdegil.. hati aku ni degil tau.. susah nak jaga hati aku.. sebab tu la hati aku selalu sahaja menyakitkan hati orang - orang yang aku sayang.. ada yang aku sedar dan ada yang aku tidak sedar.. tapi bila aku sedar yang sebenarnya aku da terlalu banyak sakitkan hati orang yang sayangkan aku.. waktu itu baru aku sedar betapa jaatnya hati aku.. sanggup aku lukakan hati orang yang tidak berdosa sama sekali.. apa yang nak jadi dengan aku ? sampai bila aku harus menyeksa hati mereka ? adakah hidup aku ini hanya untuk menyakitkan hati mereka ? jaat sangat kah diri ku ini ? semua itu selalu sahaja bermain difikiran aku..

Tahu tak aku pernah fikir untuk akhiri semua ini.. waktu itu akal aku benar - benar mati.. tapi bila aku fikirkan balik berbaloi ke aku buat semua tu ? kenapa aku tak cuba untuk terus bertahan ? ye terus bertahan.. itulah yang harus aku buat dari dulu , kini , sekarang dan selamanya.. walaupun aku tak pasti samaada aku berjaya lalui nya ataupun tidak tapi aku tetap nak cuba untuk terus bertahan biarpun aku tahu ia nya amat sukar untuk aku hadapi kerna aku tahu tak mudah untuk aku laluinya jikalau hati aku masih lagi melukai hati mereka.. tapi aku tak pernah terniat pun nak melukai hati mereka.. kerna aku sayang pada mereka.. kalau bole aku tak nak mereka terluka sebab aku.. sebab itulah bila aku sedar aku melukakan hati mereka aku akan mengasingkan diri aku jauh - jauh daripada mereka.. aku tak nak mereka terus terseksa bersama aku.. tapi aku sedar bila aku mengasingkan diri waktu itulah aku rasa KEHILANGAN.. aku tak kisah kehilangan diri aku tapi aku kisah kalau aku kehilangan orang - orang yang aku sayang.. aku tak nak keadaan terus jadi begini.. aku hanya nak hidup bahagia sahaja bersama mereka.. mengapa semuanya kini terlalu sukar untuk aku lalui ? apa yang harus aku lakukan agar tiada siapa lagi terluka disebabkan diri aku ?

Sehingga kini aku masih tidak lagi menemukan jawapan yang aku cari.. tetapi aku pasti suatu saat nanti aku pasti akan menemuinya.. walaupun aku tak pasti bila masanya.. tetapi aku akan tunggu hari itu tiba.. dan kini biarlah aku mengasingkan diri ku biar tiada siapa lagi yang terluka kerana aku.. aku lebih rela berdiam diri dari terus - terusan melukai.. kerana hati aku terlalu takut untuk terus melukai kerana aku tidak sanggup untuk kehilangan orang yang aku kasihi.. yang aku sayangi.. dan semua yang aku tulis disini adalah luahan hati  seorang aku.. maafkan aku diatas segalanya.. :(

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images