Selamat Hari Ulang Tahun ( 4 Bulan )

Assalammulaikum semua.. selamat bertemu kembali.. apa khabar semua ? diharap anda semua didalam keadaan sihat sahaja.. lama sudah rasa n...



Assalammulaikum semua.. selamat bertemu kembali.. apa khabar semua ? diharap anda semua didalam keadaan sihat sahaja.. lama sudah rasa nya tidak menjenguk ke blog kesayangan dieba ni sejak 15 disember yang lalu.. hehehe.. lama la sangat kan.. rasa nya baru beberapa hari sahaja takde la lama sangat kan.. huhuhu.. anda semua perasan tak ada apa - apa yang berlainan dekat blog dieba ini ? ada tak ? nampak tak ? huhuhu.. dieba baru sahaja tukar blog ini menjadi sepeti warna pelangi.. kenapa pelangi ye ? untuk kali ini dieba memilih warna pelangi sebab dieba rasa hati dieba tengah berwarna warni seperti cantiknya pelangi selepas hujan.. dan kebetulan pula dekat banting ini baru lepas hujan.. mana tahu tiba - tiba ada pelangi pula menghiasi dada langit.. sebenarnya hari ini dieba gembira dan bersyukur sangat sebab hari ini adalah hari yang istimewa buat dieba dan juga insan tercinta encik shariffuddin.. nak tahu hari istimewa tentang apa ? meh la baca kisah ini dari mula sampai akhir.. jom.. :)

Setiap bulan pada tarikh 18 hari bulan aku pasti nantikan tarikh itu.. dan kini hari nya tiba jua.. bulan ini bulan disember , bermakna bulan terakhir untuk tahun 2012.. hari ini genap 4 bulan aku dan dirinya bersama.. syukur alhamdullilah.. bagaikan tak percaya sahaja.. cepat sungguh waktu berlalu sekejap sahaja genap 4 bulan.. dan aku juga bersyukur sebab kami masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bersama mengharungi dugaan percintaan ini bersama-sama.. walaupun dari kejauhan tetapi kami tetap berusaha untuk terus mempertahankan cinta ini.. walaupun adakala nya kami goyah dan kami rapuh tetapi disebabkan didalam hati kami mempunyai perasaan cinta diantara satu sama lain akhirnya kami berjaya juga menempuhinya.. walaupun susah dan payah tetapi alhamdullilah atas izin ALLAH kami masih lagi bersama..

Kini baru aku akui nya bahawa sesungguhnya bercinta jarak jauh ini memang sesuatu yang tak mudah untuk dijalani jikalau keseorangan tetapi jika dijalani oleh dua orang in shaa allah segalanya pasti akan lengkap , seperti lengkapnya PUZZLE bila telah siap dipasang.. anda semua pasti tahu kan susah nk melengkapkan PUZZLE itu jika kita kehilangan salah satu daripada keping - kepingan PUZZLE itu.. begitulah juga aku dan dirinya.. susah nak dilihat bersama tetapi sebenarnya kami saling melengkapi diantara satu sama lain.. biar tak nampak pada pandangan mata manusia tetapi biarlah nampak dipandangan mata ALLAH.. 

Setiap hari , setiap saat , setiap waktu boleh dikatakan setiap bergerak nya jam setiap kali itu jugalah hati ini tak berhenti - henti berdoa semoga perhubungan ini akan terus berkekalan sehingga keakhir hayat.. dan semoga perhubungan ini akan terus mendapat restu daripada kedua - dua buah keluarga dan juga restu dari yang maha ESA.. in shaa allah , jikalau memang ini jodoh diantara kami berdua suatu saat nanti pasti kami akan bersatu.. walaupun entah bila masa nya.. kini hanya doa sahaja yang mampu kami lakukan.. seterusnya kami hanya berserah kepada ALLAH.. mana yang baik kami terima.. yang buruk juga kami akan cuba terima.. kami terima semuanya dengan REDHA..  
♥ Ya Allah, seandainya telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu.. Amin.. ♥
Nota Ringkas: Walaupun diantara kami berdua ada sifat2 yang berlainan tetapi sebenarnya sifat itu juga lah yang saling melengkapkan hubungan kami seperti lengkap nya sebuah PUZZLE..

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images