Selamat Hari Lahir Adik

5:30 PG


                  Yang bertudung merah tu la adik dieba. comel kan macam kakak nye.. :)

Syukur alhamdulillah hari ini 7 disember 2012 , adalah hari lahir seseorang yang penting dalam hidup dieba. walaupun dieba tak pernah tunjuk bagaimana perasaan sayang dieba kepada dia. tapi sebenarnya dieba sayang pada dia. nak tahu tak dia tu siapa ? dia adalah adik perempuan kandung dieba. satu-satu nya adik perempuan kandung dieba. nama dia adalah AMALINA atau lebih dikenali sebagai ELIN dikalangan keluarga. hari ini genap umur die 19 tahun. walaupun dieba salah wish umur lak kt die tengah malam tadi. tapi dekat-dekat la tu. dieba masih ingat umur die 18 tahun lagi. huhuhu. coe la dik. tak sengaja la. lagipun semalam menaip msg mata da terpejam-pejam. soe tau. hehehe. jangan mara. ngantuk ar semalam. tapi akak bangun jugak sebab nk wish. walaupun akak tak tahu akak orang yang keberapa tapi sekurang-kurangnya akak wish kan. hehehe.

Adk semperna bufday ko ni akak nk bagi ucapan buat ko. tapi sebelum tu akak mintak maaf dulu , kalau-kalau apa yang akak cakap ni ade menyinggung hati dan perasaan ko eh dik. :) ko bace tau. kalau bole bace la kuat-kuat biar akak dengar sampai kat sini...


Adik usia 19 tahun adalah suatu usia yang bakal adik tempuhi dengan suatu perasaan yang berlainan daripada usia 18 tahun. usia 19 tahun juga menunjukkan usia adik semakin lame semakin meningkat dewasa. banyak dugaan-dugaan yang harus adik tempuhi. kerna sesungguh-sungguhnya usia itu suatu cabaran yang harus kita tempuhi. akak pun pernah melalui usia 19 tahun. walaupun sesulit mana pun cabaran yang menanti adik , adik tetap harus jalani nya, kerna akak yakin dan percaya adik boleh lakukan nya. adik pasti boleh. adik akak kan kuat. adik akak kan boleh berjaya. Adik sebelum akak mengundurkan diri akak nk cakap sesuatu. akak harap adik fahamilah ia ye. kalau adik tak fahami. adik baca la berulang-ulang kali sampai adik faham.
"Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik”

Tapi akak sendiri melakukan kesilapan yang sama juga berulang-ulang kali. kalau akak cakap juga, adik nak dengar ke? adik, akak nak bagitahu kat adik, yang hidup ini indah dan menarik. tapi akak tak nak tipu adik, yang hakikat hidup ini sebenarnya sangat kejam dan kasar. akak nak bagi tahu adik juga, yang kejayaan bermula apabila seseorang itu belajar menghargai peluang. tapi akak juga sering mengsia-siakannya. dan kalau akak cakap semua ni pada adik, adik nak percaya ke? akak nak bagi tahu adik mengenai rama-rama yang cantik. dan hidup ini seperti rama-rama. jika kita genggam ia dengan terlalu kuat akan carik kepaknya, akan mati dia. tapi kalau kita lepaskan dia terbang. dia akan hilang arah ditiup badai yang kencang. dan hidup ini sememangnya seperti rama-rama. Indah dan menarik tetapi singkat. akak hendak bagitahu semua tu pada adik, tapi akak takut adik tak moo dengar. akak takut adik bosan. akak takut adik kata akak suka membebel. padahal memang hakikatnya akak suka membebel. adik pun tahu kan. tapi akak membebel bersebab. akak mintak maaf kalau selama ni akak ade sakitkan hati dan perasaan adik tanya akak sedar. maafkan akak ye adik. tapi ape yang akak cakapkan pada adik semuanya sebab akak sayangkan adik. walaupun akak tak tunjuk tapi sebenarnya akak sayang. akhir kata dari akak. selamat hari jadi akak ucapkan buat adik... semoga panjang umur dan murah rezeki... jadilah anak , adik dan kakak yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk masa yang akan datang ye... semoga adik sentiasa bahagia... di samping kami yang semua... semoga lebih bersemangat menghadapi cabaran hidup yang  semakin mencabar. Love you my younger sister. belajar rajin-rajin okay.  semoga hidup adik di berkati dan diredhai Allah di dunia dan juga di akhirat insyaAllah amin

You Might Also Like

0 ulasan