Namun Ku Punya Hati

7:30 PG




Dalam kehidupan seharian yang aku lalui setiap hari pasti ada sahaja serba yang tidak kena. apakah ia nya salah diriku ? adakah aku yang bersalah dengan apa yang terjadi kepada diri ku ini ? adakah aku memang tidak selayak nya untuk merasakan bahagia ? adakah teruk sangat diriku dimata mereka ? apakah kekurangan nya diriku sehingga nya terlalu buruk diperkatakan mereka ? apa ? apa ? apa ? dan apa ? apa dosa ku sebenarnya ? aku penat berteka teki. penat pura-pura tersenyum dihadapan orang-orang aku kasihi. aku cintai. aku terlalu penat berpura-pura. aku cukup penat menahan airmata ku daripada mengalir. semata-mata aku tidak ingin orang-orang yang aku kasihi dan cintai bersedih sebab diriku. tp...

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa kekurangan nya diriku. sehingga setiap apa sahaja yang aku lakukan pasti ada yang buruk dimata orang. aku telah cuba untuk tidak terlalu memikirkan nya tetapi apa daya aku ? mungkin sekali dua aku boleh berdiam diri tapi aku hanya manusia biasa. manusia yang mempunyai hati dan perasaan. selama mana la aku boleh bertahan. selama mana la aku boleh berdiam diri sahaja. aku ada perasaan. bukan aku tak ada. aku manusia bukan tunggul yang boleh berdiam bila disepak , bila maki , bila dipukul , bila caci. aku manusia. manusia yang punyai hati macam manusia yang lain. aku sama seperti semua. aku bukannya barang mainan. aku bukan patung. aku manusia. manusia. :(

Dahulu , bila aku berhadapan dengan hal-hal yang macam ni aku selalu jauhkan diri daripada semua orang. aku lebih suke bersendirian sebab aku tak nak orang nampak kesedihan aku. aku tak nak orang nampak tanggisan aku sebagai seorang yang lemah. aku selalu larikan diri, sebab aku takut untuk hadapi nya. aku terlalu lemah waktu itu. tapi bila umur aku semakin meningkat dewasa aku ingat aku takkan lagi hadapi perkara ini. tetapi ternyata tekaan aku salah. semakin umur meningkat aku semakin berhadapan dengan perkara ini. perkara yang aku tidak dapat untuk luahkan kepada sesiapa pun. semuanya aku pendamkan didalam hati. cukuplah derita itu hanya aku sahaja yang tahu. aku tidak ingin sesiapapun tahu. sebab bagi aku biarlah orang tahu dan orang nampak aku bergembira daripada aku bersedih. aku tidak ingin sesiapapun bersedih sebab diriku. dan kini biarpun aku tahu semakin banyak orang tidak menyukai aku tetapi aku tetap bersyukur sebab biarpun mereka tidak menyukai ku. tetapi sekurang-kurangnya aku ada keluarga ku. keluargaku yang selalu bersama dengan diriku. aku ada dia. orang yang menghuni hatiku. dan aku juga ada mereka yang menyayangiku. bila aku bersedih aku pasti lihat wajah-wajah mereka. melihat mereka ketawa dan tersenyum sudah boleh buat aku bersemangat balik. walaupun luka itu tetap ada biarlah lama-lama ia nya hilang sendiri. dan sekarang walau sesulitnya jalan yang terpaksa aku laluinya. aku akan tetap tabah harunginya. aku tidak ingin jadi seperti dahulu lagi. aku tidak ingin lari daripada kenyataan. selagi aku lari dari kenyataan aku tetap akan digelar seorang pengecut. aku tidak ingin digelar seorang pengecut kerna aku bukan pengecut. aku harus berani. biarlah orang nak cakap apa pun, yang penting aku lebih mengenali diriku sendiri. biarpun nasib masih tidak menyebelahi aku lagi aku akan tetap tunggu. sebab aku tahu masa nya akan tiba jua biarpun aku terpaksa menunggu entah sampai bila pun. 
Nota Hati:Maaf untuk entry ni rase nye dieba lebih senang mengunakan perkataan " Aku "

You Might Also Like

0 ulasan