KETIKA WANITA INGIN DIMENGERTI

Sebahagian lelaki berkata: Wanita itu terlalu minta dimanja. Wanita itu terlalu minta diperhatikan. Wanita itu terlalu banyak ke...


Sebahagian lelaki berkata:
Wanita itu terlalu minta dimanja.
Wanita itu terlalu minta diperhatikan.
Wanita itu terlalu banyak kemahuannya.
  
Padahal..
Andai saja lelaki tahu.
Bahawa anggapan itu tidaklah selalu benar.
Kerana sesungguhnya…
  
Masih banyak wanita mampu berdiri tabah.
Meski terkadang sering dikecewakan.

Masih banyak wanita mampu berdiam.
Meski gejolak hati kadang tak tertahankan.
  
Masih banyak wanita mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.
  
Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih mampu untuk bertahan.
  
Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.

Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli.
Meski wanita terkadang terlihat acuh tak acuh.
  
Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap sujudnya.

Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya.

Dan itulah sebenarnya yang ada dalam hati setiap wanita.

You Might Also Like

0 ulasan

Flickr Images