Sebelum Majlis

Assalammualaikum dan selamat petang semua.. cuaca petang ni teramat la hangat ye.. entah bilakah akan hujan lagi.. harap-harap dalam masa ...


Assalammualaikum dan selamat petang semua.. cuaca petang ni teramat la hangat ye.. entah bilakah akan hujan lagi.. harap-harap dalam masa terdekat ni.. in shaa Allah..

Sebenarnya petang ni dieba nak menulis tentang E-DAY dieba dan juga di DIA.. eetelah 4 bulan lebih barulah nak menulis tentang tu.. huhuhu.. 

Sebenarnya lepas tunang haritu lagi dah nak tulis tapi busy lak.. hehehe..  lagipun entry tu asyik tulis sekerat, sekerat je.. entah bila lah nak habis.. 

So kebetulan, sekarang ni barulah ada masa terluang untuk menulis.. so jemput lah baca ye.. 

Sebulan sebelum majlis..
Alang-alang sudah ke johor, pergi lah cari barang hantaran.. banyak sangat yang berkenan.. rasa macam nak beli satu kedai dan kedai-kedai sebelahnya sekali.. rambang mata jadinya.. nasib baik kereta tak muat.. huhuhu.. kalau tak memang habislah diborong..

Happy sangat dapat shopping barang kahwin kat tempat lagi selain daripada banting.. tapi tu lah dapat beli sikit je.. almaklumlah kereta tak muat nak bawak barang banyak ni.. takpe, nanti yang lain beli kat banting je..

Beberapa minggu kemudian
Sibuknya mengalahkan macam orang nak buat majlis kahwin, padahal baru nak bertunang.. haih, walaupun sibuk tapi serius happy.. rasa macam tak percaya je dah nak dekat majlis..

Sepatutnya lagi seminggu lambat.. tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan majlis terpaksa diawalkan.. fuh, makin dup dap dup dap je rasanya..

Banyak yang nak kena buat ni.. sempat ke ni? harap-harap sempat lah..

Itu kisah sebulan sebelum majlis.. yang ni lagi lah.. haih..

Seminggu sebelum majlis
Rasa nak pitam pun ada.. haih, barang banyak tak beli lagi.. macam-macam jadi sebenarnya.. leh pulak kedai yang jual barang-barang perkahwinan tu tutup.. cuti apa entah.. lupa lah.. tiga hari pula tu.. huh, majlis lak lagi beberapa hari..

Tu baru barang hantaran, bab baju lagi.. haih, susahnya nak cari kaler yang berkenan.. kalau ada pun tak muat.. pastu banyak yang besar lak tu.. haih sedihnya..

Macam mana ni..

Dieba just nak baju simple tapi cantik bila dipakai.. dan pasal barang-barang hantaran tu pun nak yang simple-simple je..

Dan alhamdulillah cari punya cari akhirnya jumpa juga baju yang berkenan.. simple but nice.. yeah-yeah.. rasa nak melompat tinggi-tinggi je.. haih, takmo lah karang jatuh susah lah.. huhuhu..

Settel bab baju, now barang hantaran yang masih tak cukup.. nasib baik la hari ke 4 tu kedainya bukak.. leh lah cari barang-barang nya.. kalau tak tak tahu nak beli kat mana lagi.. sebab rasanya kat banting ni kat situ yang paling okay.. banyak pilihan lak tu.. tu yang suka pergi situ tu..

Selepas tu setiap hari pasti akan keluar ke banting bersama mak untuk mencari barang-barang yang masih lagi tak cukup.. haih, beberapa hari tak senang duduk.. banyak yang hendak dibuat.. serius penat.. lebih-lebih lagi mak.. mak lagi lah penat.. kecian mak..

Tapi aku dapat lihat mak dengan abah betul happy dengan majlis ni.. walaupun penat tapi mereka tetap buat yang terbaik untuk anak sulung mereka ni.. ya, mak dengan abah paling busy menguruskan majlis ni..

Terima kasih mak dan abah..

Rasa nak nangis..

Tahan, please tahan airmata tu..

Okay dah tahan airmata :)

3 hari sebelum majlis
Hari terakhir untuk cari apa lagi yang tak ada.. check punya check, hurmmm.. tudung lupa nak beli.. ohhh tidak.. macam mana leh lupa ni? macam mana nak pakai masa tunang nanti.. macam tak sempat je nak cari yang sesuai.. nak tak nak carilah apa yang ada kat banting..

Petang tu jugak pergi banting dengan sepupu dan makcik untuk cari tudung.. masa tu dah pening tak tahu nak cari tudung yang mana.. sebab semuanya macam tak berapa berkenan dihati.. sebab dah bayangkan nak pakai tudung yang macam mana..

Urusan tudung semuanya kita serahkan pada makcik dan sepupu untuk memilih.. nasib baiklah pilihan mereka kita berkenan.. alhamdulillah cantik..

Malam tu try lah gubah hantaran.. huhuhu, gubah lah sangat.. ala sikit-sikit je, sebab mak dengan sepupu yang banyak tolong buat semuanya.. hehehe..

Sehari sebelum majlis
Khemah mula dipasang dihadapan rumah.. cantiknya.. memang yang dibayangkan.. yeah-yeah.. nasib sama.. kalau tak kite merajuk.. hahaha..

Tutup cerita tentang khemah hari ni adik perempuan kita balik kerumah dengan kawannya.. nasib baik adik ade untuk tolong apa yang tak siap lagi..

Nasib baik ada yang menolong.. makin lama makin ramai yang datang menolong.. alhamdulillah..

Pagi tu jugak lak makcik dieba yang sememangnya memang pandai mengubah terus tolong mak pasang pelamin mini untuk kita tu.. bila dah siap, wah cantiknya.. memang simple tapi sangat nice..

Sukanya.. rasa macam nak bersanding sekarang gak.. hehehe..

Petang tu adik, sepupu dan makcik pergi kebanting ambik barang.. huargghhh, sampai hati kita ditinggalkan dirumah.. tidak diajak.. terus kita merajuk.. hurmmmm..

Kata makcik pengantin tak leh keluar rumah..

Hah? pengantin.. siapa?

Eh eh tanya kita pulak, dia lah sapa lagi..

Haih, makcikku.. kita nak tunang je takkan lah nak kena kurung gak kat rumah.. hurmmm..

Terus lari masuk bilik..

Merajuk la kononnya..

Hahahaha.. padahal duk online dalam bilik.. huhuhuhu..

Lewat petang tu semuanya mulai berkumpul dirumah ni.. ramainya.. meriah lak tu.. lama tak rasa meriah macam ni.. alhamdulillah..

Bersambung lagi buat gubahan hantaran.. banyak nya tak siap-siap.. memang macam dah nak majlis kahwin dah.. hihihi..

Sampailah kemalam.. masih buat hantaran lagi..

Penatnya..

Namun akhirnya siap juga.. alhmdulilah..

Terima kasih semua.. sayang semuanya..

Hampir lewat malam namun mata ni masih belum jua mengantuk.. sedangkan ramai yang menyuruh untuk tidur.. tapi masalahnya susah nak lelapkan mata.

Sebab semakin berdebar-debar..

Oh esok,

Harap-harap berjalan dengan lancar.. amin..

Zzzzzz.. entah bila tertidurnya pun tak tahu :)

Bersambung dibahagiaan kedua

You Might Also Like

1 ulasan

Flickr Images