Bertambah Sensitif Sebab Mengandung

6:20 PTG


Aku, akui.. sejak daripada aku kecil lagi aku ini memang jenis yang kuat menangis.. boleh dikatakan hampir saban hari aku menangis..

Kadang-kadang kerana sesuatu yang tak masuk akal pun boleh buat aku menangis..

Entahlah, aku pun tak tahu kenapa keadaan ini masih berterusan sampai aku dah berumah tangga dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung..

Memang sejak mengandung ini, aku bertambah-tambah sensitif..

Kadang-kadang marah, mengamuk, baling-baling barang dan akhir sekali menangis..

Yang jadi mangsa adalah orang disekeliling aku..

Keluarga aku dan suami aku..

Pantang, keinginan aku tak dipenuhi.. memang kena la dorang semua..

Kadang memang aku kecian pada mereka tapi aku langsung tak boleh kawal perasaan aku.

Memang dah rasa perasaan ini dah sebati..

Kadang ada juga aku terfikir nak pergi jauh daripada semua orang terutamanya dari suami aku..

Sejak awal mengandung, memang aku tak boleh nak tengok muka suami aku.. apatah lagi bila dia berada dekat dengan aku.. aku rasa rimas.. rimas sangat..

Sebab itulah aku katakan pada suami aku bahawa aku nak duduk dirumah keluarga aku sehingga aku habis pantang..

Memanglah aku rindu pada suami tapi.. entahlah.. perasaan sensitif ini tak boleh dipaksa..

Aku berharap sangat perasaan sensitif ini cepat berlalu..



You Might Also Like

6 ulasan

  1. tahniah.. bila ada rasa marah or perasaan negatif bnyk2kan istighfar... hehehe

    BalasPadam
  2. tahniah...bakal jadi ibu..
    pembawaan kot...

    BalasPadam
  3. sabar ye. pembawaan budak tu :) bila rasa tu dtg terus istighfar.
    anyway tahniah bakal jd ibu :)

    BalasPadam
  4. wah,mengandung ye..

    erm,tak pe.itu kebiasaan untuk ibu mengandung.IbuNoey pun sama macam deeba,sejak kecil suka menangis.orang Sabah panggil cengeng.dah kahwin dan anak dua ni pun masih lagi gitu.

    janganlah berjauhan dengan suami.kesian kat suami tu.inilah suka duka sepanjang tempoh kehamilan.so,kena tempuhi bersama.

    BalasPadam
  5. hihiihi.. normal tu..pembawakan..tp betul laa..masa awal mengandung dulu kalau permintaan kite tak dituruti, muncung tu boleh buat sangkut hanger tauu.hahaha

    BalasPadam
  6. mungkin pembawakan budak tu.. apapun banyakkan istighfar dan berselawat.. in shaa Allah..

    BalasPadam