Bila Tertengok Kek Nasi Lemak

7:13 PTG

Assalammualaikum..

Imej yang berkaitan

Sejak dah 4 minggu berpantang seafood, segala macam jenis makanan lautlah, antaranya ikan, ikan bilis, jajan perasa ikan, sos tiram, sambal belacan dan macam2 lagi la yang ada kena mengena dengan makanan laut..

Sedih tau, tengok orang makan sedap walaupun ikan bilis yang dimakannya rasa dalam hati ini sedihnya la..

So bila ternampak nasi lemak ni outomatik la ternampak ikan bilis, sotong, udang disitu.. sedapnya la.. tapi hanya mampu tengok sahaja..

Takpe2 ada lagi 7 hari lagi kurantin, lepastu hari ke 8 iolls bebas.. boleh la makan seafood sebanyak2 nya.. jangan sampai termuntah sudah la.. hehe..

Yang penting sekali lepas je basuh segala cadar2, baju2 semua.. nak cari anak.. rindunya la pada dia.. sekarang ni hanya mampu tengok dia dari sebalik tingkap..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Lahai.. Kreatif betul tak pernah terfikir nasi lemak boleh jadi kek... Haha

    BalasPadam