Sinopsis Drama Bidadari
Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup dengan bapa tiri, Anjang(Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu.
Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki. Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sebaik mungkin, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.
Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai impiannya.
Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segala-galanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan isteri pertamanya bernama Melati yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia. Pada masa sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria. Mampukah Suria berhadapan dengan segala rintangan dan kekal sebagai insan berhati bidadari?
Apakah rahsia di sebalik kebencian Delima terhadap Suria? Apa yang bakal berlaku seterusnya?
Barisan Pelakon : Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Nonny Nadirah, Syazwan Zulkifly, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Azhan Rani dan ramai lagi.
Kadang perlu bertegas juga..
Kenapa?
Sebab jadi terlalu baik akan kerap disakiti dan tersakiti..
Tapi bila kita mula jadi tegas mesti orang akan cakap kita dah banyak berubah..
Sedangkan kita jadi macam tu sebab tak nak hati kita jadi lebih sakit..
Ada kala kita perlu lontarkan dari kata kata.
Walaupun tak kesampaian apa yang dikatakan..
Mencuba untuk berterus terang adalah jalan terbaik..
Meluahkan sesuatu adalah yang terbaik..
Seperti ayat tersebut..
Luahan la itu tapi bukan jawapan sebenar:)
Pejam celik je dah masuk minggu yang ke 15..
Makin membesar anak ibu ni..
Alhamdulillah..
Act, check up kali ini agak menyedihkan bagi ibu..
Sebab kena marah dengan doktor sebab BERAT BADAN tak naik naik lagi..
Paling sikit pun naik 47.3 daripada 47kg..
Sedihnya la hati ibu baby ni..
Dah la tekanan darah tinggi ibu naik sikit daripada biasa..
Tu pun kena marah lagi, sampai doktor cakap
" Kamu ni stress sangat ni, banyak berfikir ke? "
Yup, terlalu banyak berfikir doktor..
Apa kata saya cadangkan kamu pergi bercuti..
Supaya fikiran kamu boleh berehat buat sementara ni..
Jangan sampai menjejaskan perkembangan anak didalam kandungan kamu..
Kamu sayang anak kamu kan..
Haruslah saya menyayangi anak saya tu doktor..
Masalahnya, setiap kali nak pergi bercuti suami saya asyik cancel plan last minute je..
Alasannya ada tempahan kerja..
Jadinya, lagu mana tu doktor..
Alamatnya makin stress saya..
Hurmm..
Bila bercerita pada suami katanya.. bukan tak jadi pergi tapi kita TANGGUHKAN dulu..
Asyik tangguh, tangguh..
Lama lama fedup..
Merajuk, nangis..
Itulah ibu baby..
Touching katanya..
Bila bercerita pada suami katanya.. bukan tak jadi pergi tapi kita TANGGUHKAN dulu..
Asyik tangguh, tangguh..
Lama lama fedup..
Merajuk, nangis..
Itulah ibu baby..
Touching katanya..






.jpg)

