Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food
    Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

    Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dalam erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki menjelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

    Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
    Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
    Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

    ''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

    ''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

    ''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

    Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
    Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
    Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

    Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
    Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

    Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
    Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
    Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan dikongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

    Jika ada yang ternampak atau terserempak dengan beliau, jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

    Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.

    Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan anda ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

    Kredit : Sabahanblogger.com
    Continue Reading
    Imej yang berkaitan

    Assalammualaikum..

    Siapa suka minum air TEH? semua orang pasti suka bukan.. deeba pun suka jugak.. ada orang suka bancuh air teh guna serbuk dan ada orang suka bancuh air teh guna yang uncang punya..

    Air teh ni kalau tak habis diminum dan kita masukkan dalam peti ais lepastu minum semasa cuaca panas  dan letak ais seketul 2 fuhhh sedapnya kan..

    Untuk entry kali ini deeba nak sharekan 1 petua untuk anda semua pasal AIR TEH..

    Ohh ye sebenarnya kan kalau anda semua nak tahu  air teh jika kita tidak habis minum selain daripada kita simpan didalam peti ais kita boleh juga siramkan air teh itu pada pokok.. serius ke? ye serius.. sebab mengikut yang deeba baca air teh yang tidak habis diminum semalaman itu boleh kita siram pada pokok untuk menyuburkan pokok..

    Jika anda semua yang ada minat tanam pokok2 tu boleh la cuba siram air teh semalam yang tidak habis tu dekat pokok2 uolls mana tahu boleh sentiasa hidup segar..

    Selain daripada boleh digunakan menyiram pokok air teh yang tidak habis diminum juga boleh digunakan untuk mencuci muka kita bagi menyegarkan dan menegangkan kulit muka kita..

    Caranya mudah sahaja, sebelum uolss membasuh muka dengan pencuci muka , basuhkan muka uolss dengan air teh tersebut.. biarkan dalam 10 hingga15 minit.. selepas itu oleh dibilas dengan mengunakan air bersih.. lakukan setiap pagi dan lihat hasilnya pasti akan mengembirakan..

    Hah, macammana.. lepasni kalau ada air teh yang tidak habis diminum semalam tu boleh la anda semua cuba petua ini..

    Nanti deeba nak cuba juga la.. siram pada pokok biar nampak pokok hijau mekar ditaman yang xberapa nak besar.. mini taman dulu.. hehe..

    Selamat mencuba ye.. 
    Continue Reading
    http://bukupinky.blogspot.my/2017/09/first-giveaway-by-blog-buku-pinky_5.html

    Assalammualaikum..

    Setelah sekian lama berdiamkan diri tidak menyertai mana2 giveaway, kali ini terasa nak menjoinkan diri pula.. mana tahu rezeki.. in shaa Allah..

    Mari kawan semua kita sama2 memeriahkan first giveaway daripada Buku Pinky

    Tamat pada : 5/10/2017
    Continue Reading

    Hasil carian imej untuk cili kering

    Assalammualaikum.. selamat pagi semua.. pagi ini deeba nak kongsikan petua yang deeba baca difacebook tentang CILI KERING.. pada ibu2 dan puan2 yang suka sangat memasak mengunakan cili kering ini pasti tahu kan sebelum nak masak sambal cili pasti kita kena buang biji cilinya dulu satu persatu baru kita rebus bukan..

    Tapi sebenarnya ada cara yang lebih senang lagi, yaitu ibu2 atau puan2 semua boleh cuba cara macam ini..


    First sekali cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut..
    Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili.. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan..

    Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika.. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini..


    Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili.. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh..


    Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah.. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali..

    Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar..
    Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya..

    Mudah Bukan? so selamat mencuba.. 

    Kredit : Mama G Food Industries & vitdaily.com


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ▼  2018 (2)
      • ▼  Februari 2018 (1)
        • PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malays...
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ►  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ►  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ►  Februari 2013 (2)
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
    • Alhamdulillah Setahun Sudah Akhirnya
    • Petua Hilangkan Bau Hanyir
    • Cucur Udang Dan Tauhu Sumbat Daging
    • TONTON ONLINE: Surah Buat Maisarah Full Episod

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top