Petua Cara Mudah Buang Biji Cili Kering
8:54 PG
Assalammualaikum.. selamat pagi semua.. pagi ini deeba nak kongsikan petua yang deeba baca difacebook tentang CILI KERING.. pada ibu2 dan puan2 yang suka sangat memasak mengunakan cili kering ini pasti tahu kan sebelum nak masak sambal cili pasti kita kena buang biji cilinya dulu satu persatu baru kita rebus bukan..
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih senang lagi, yaitu ibu2 atau puan2 semua boleh cuba cara macam ini..
First sekali cili kering yang telah siap dibasuh hendaklah direbus di dalam sebuah periuk besar sehingga cili betul-betul lembut..
Setelah cili lembut, ambil gunting besar contohnya gunting pokok untuk memotong cili bagi mengeluarkan biji cili.. Proses ini amat mudah dilakukan kerana cili sudah lembut dan ringan..
Apabila kesemua cili sudah siap dipotong, tutup api dan biarkan seketika.. Kebanyakan biji cili sudah terkeluar dari cili pada ketika ini..
Ambil satu besen air dan satu penapis lubang besar untuk menapis cili.. Lubang penapis haruslah besar agar biji cili mudah jatuh..
Goyangkan penapis di dalam besen dalam pergerakan bulatan dan gerakkan penapis dari atas ke bawah.. Pada masa ini anda dapat lihat betapa banyak biji cili jatuh ke dalam besen dan ulang langkah ini beberapa kali..
Jika di rumah anda tiada penapis, anda boleh gunakan bakul kecil yang mempunyai lubang besar seperti di dalam gambar..
Akhirnya, inilah hasilnya! Usah risau jika masih terdapat biji cili melekat dengan cili kering yang telah ditapis tadi kerana ia tidak terlalu banyak seperti sebelumnya..
Mudah Bukan? so selamat mencuba..
Mudah Bukan? so selamat mencuba..
1 ulasan
bagus perkongsian ni.. boleh cuba nnti
BalasPadam