Ada Apa Dengan Cinta

2:00 PG


Assalammulaikum semua , selamat berhujung minggu.. apa khabar sihat ke tu? di harap semuanya sihat walafiat ye.. amin.. hari-hari minggu ni apa je aktiviti korang semua ye.. pati ada yang keluar berjalan-jalan dgn keluarga , kawan-kawan , dgn pasangan ke.. dan tak lupa juga mungkin ada diantara kalian semua yang melangsungkan perkhawinan.. dieba doakan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.. amin..
moga-moga selepas ni dieba dgn abg syg pula... amin... ^_^
Cinta?? Ada apa dengan Cinta?? Ish ni bukan movie Indon 2 , sapa nama ia..? owh Rangga dengan Cinta.. hurm.. Cinta terlalu luas dan dalam maksudnya.. sometimes diri ini tak dapat nak takrifkan definisi cinta.. yang dieba tau , definisi Cinta terlalu abstrak untuk disimpulkan.. mesti insan di dunia ini telah merasai & mendalami erti Cinta. betul tak sahabat semue?? hehe.. begitu juga dengan diriku.. dieba telah lama mengenal apa itu Cinta.. antaranya Cinta pada Allah,Rasulullah SAW dan keluarga baginda,para sahabat,para tabiin yang telah berjuang demi menegakkan Agama ALLAH , para mujahid yang berjuang fisabilillah.. tidak lupa juga Cinta pada mak , abahku , family dieba dan Cinta pada seseorang iaitu bakal teman hidup dieba.. insyaallah , andai ini benar jodoh kami.. dieba setia menantinya , jika bukan didunia , kami akan bertemu diakhirat sana yang kekal Abadi.. Insyaallah.. dan selama 25 tahun dieba telah melihat dunia ini.. * eh lum lagi laaa.. hehehe.. tapi jika diri ini diberi kesempatan untuk menemui april 2013 ! Insyaallah bertambah matanglah dieba.. dan pada saat itu genaplah umurku 25 tahun ! hurm matured ke?? maybe.. huhu.. ^_^ 
Cinta pada Bunga ia akan layu,Cinta pada manusia tidak akan kekal tapi ku yakin Cinta pada ALLAH akan kekal abadie..Cintaku hany milikNYA...yang telah menciptakan dieba sebagai seorang insan,sebagai perempuan,sebagai wanita!!(akan datang sebagai Isteri solehah, sebagai Ibu,sebagai nenek...dan....) itu yang tidak pasti.. kerana ajal maut , jodoh pertemuan telah ditentukan olehNYA sejak di luh mahfuz lagi..
Cerita kali ini dieba ringkaskan sahaja coretan nya, kerana jika dieba terlalu khusyuk dengan menekan punat-punat keyboard ini ditambah dengan idea-idea yang mengalir deras dan melimpah laju ibarat air sungai.. (ALHAMDULILLAH) , maka tentu saja coretan ini bukan coretan biasa.. malahan novel pula yang akan dieba hasilkan.. hehe.. gurau je la.. sapalah diriku ini.. cerpen pun tak reti nak reka apatah lagi novel?? huhu.. dieba bukan dari golongan sastera.. diri ini tak reti buat karangan berjela-jela.. coretan ini je yang dieba boleh karang , hanya sekadar luahan rasa dihati..

You Might Also Like

0 ulasan