Dialog Yang Fames Ketika Raya

12:27 PTG


Assalammualaikum kawan-kawan semua.. selamat berpuasa deeba ucapkan buat semua.. Alhamdulillah ramadan makin tiba dipenghujungnya..

Pejam celik sahaja dah nak raya kan.. macam mana persiapan korang semua.. dah siap semuanya atau masih belum lagi?

Bagi deeba dan suami persiapan untuk raya tahun ini cukuplah sekadar ala kadar sahaja.. beli yang wajib sahaja.. contohnya baju raya..

Mula-mula nak la pakai sedondon.. tapi lain yang dirancang lain yang jadi..

Tak kisah la, janji warna tetap hampir sama.. yeke.. hehe..

Lagipun tahun ni kami kena berjimat cermat sebab nak terima ahli keluarga baru..

Zuriat kami.. alhamdulillah.. anugerah dari Allah..

Okaylah, berbalik pada tajuk diatas tu.. korang semua mesti pernah alaminya kan..

Samalah, deeba dulu dulu pun pernah kena gak.. biasalah adat kot.. huhu..

Meh lah kita lihat dan nilai sendiri..


BUJANG 

Bila kamu akan berkahwin? Hah, part ni la.. yang dulu tiap tiap tahun deeba dengar daripada sanak sedare semua.. bila dengar mula la deeba rasa.. ohhh, boringnya.. rasa nak lari je dari semua orang yang menanya.. macam dah xde soalan lain gamaknya.. entahlah.. mungkin soalan tu yang paling fames kot..


BERKAHWIN 


Bila kamu akan dapat anak?
Hah, soalan yang ni masih deeba belum dengar lagi.. sebabnya tahun ni tahun pertama deeba bergelar seorang isteri.. tapi kalau orang tak tanya pun rasanya dorang semua dah tahun kot, bila tengok perut deeba yang tengah memboyot ni.. hehe.. alhamdulillah rezeki awal.. setelah hampir 2 bulan deeba tukar status dari bujang ke berkahwin deeba disahkan mengandung sebulan.. bunting pelamin la katanya.. ni semua rezeki.. yela, sebab sebelum ni doktor yang merawat deeba pernah cakap yang disebabkan sakit tiroid deeba ni.. susah sikit nak melekat. tapi dah rezeki.. Allah nak bagi.. alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan lancarlah hendaknya..

BERKAHWIN & ANAK SEORANG 

Seorang sahaja anak? Kesian...., dia nakkan adik tu kena tambah lagi.
Yang ni tak tahu lagi.. kalau Allah nak kurniakan rezeki lagi.. kami terima dengan hati yang terbuka..

BERKAHWIN & KEDUA-DUA ANAK PEREMPUAN :

Dua-dua anak perempuan? kena usaha lagi dapatkan anak lelaki.
Kalau kami suami isteri tak kisah anak kami lelaki ataupun perempuan janji, anak anak kami sihat dan sentiasa didepan mata kami berdua..

BERKAHWIN & 6 ORANG ANAK :

Ramainya anak, kamu tidak merancang kehamilan ke? Bab ni, deeba selalu sangat dengar kawan kawab deeba cerita.. pasal cakap cakap orang sekeliling.. lebih lebih lagi keluarga mereka sendiri.. kadang kecian dengar.. tapi kadang manusia tak faham yang ini semua rezeki yang ALLAH bagi.. kenapa orang sekeliling nak mempertikaikannya.. entahlah.. mungkin mereka tak faham..

Bagi deeba kalaulah kami berdua dikurniakan anak yang ramai.. kami akan bersyukur sangat.. keran bagi kami anak anaklah penyeri hidup kami nanti..

Jadi pesan deeba pada orang diluar sangat yang suka sangat dengan bertanya soalan soalan yang macam ni, tolonglah fahami isi hati orang.. jangan terlalu banyak bertanya, mendesak desak mereka dengan orang yang begitu.. kerana hati orang ini sensitif tau.. so tolonglah ye..

You Might Also Like

0 ulasan