Moment Indah Antara Kita

2:53 PTG

Assalammualaikum..

Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk deeba ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali diri deeba, terutama sekali kawan-kawan blogger..

Selamat hari raya, maaf jika ada terkasar bahasa ataupun tersakitkan hati sesiapa.. salam kosong-kosong ye..

Tahun ni tahun pertama deeba beraya tanpa keluarga kandung deeba dihari raya pertama.. sebab tahun ni tahun first tukar status dari bujang ke isteri orang.. jadinya tahun ni turn deeba beraya dirumah mertua deeba.. dan dah pastilah tahun depan turn beraya dirumah family deeba pula.. siap dengan kehadiran orang baru pula tu.. hehe.. in shaa Allah.. moga dipermudahkan.. aminn..

Okay lah tak nak buang masa lagi, nampak kan tajuk diatas tu " Moment Indah Antara Kita "

Siapa " Kita "

Ofkos lah ibu dan baby kan..

Allah je yang tahu bagaimana perasaan itu..

Tendangan gurauannya yang pertama.. indahnya.. walaupun kadang-kadang rasa sakit bila dia menendang tapi hati ini rasa gembira sangat.. kerana itulah sentuhan pertamanya.. ohhh anak ibu..

Dan semakin hari semakin terasa tendangannya.. bergurau eh dengan ibu.. ibu suka sangat sayang..

Alhamdulillah kini anak ibu dah 25 minggu, bermakna dah 6 bulan usia kandungan baby.. sekejap je kan sayang.. lagi beberapa bulan sahaja lagi anak ibu akan lahir..

Bermacam dugaan dah kita lalui berdua kan sayang.. sehingga adakalanya ibu lemah.. menangis.. tapi ibu tetap tabahkan diri, cekalkan hati demi anak ibu.. walaupun ibu tahu ibu tak sekuat yang disangka.. kerana hampir setiap hari anak ibu lihat dan mendengar ibu menangis kerana terlalu berat dugaan yang harus ibu lalui.. tapi anak ibu lah penguat semangat ibu.. anak ibu tenangkan ibu melalui tendangan kasih sayang..

Ibu bahagia sangat sayang.. bahagia sangat.. ibu tak sabar menunggu saat kelahiranmu sayang..

You Might Also Like

0 ulasan