Makin Berumur Makin Rindu Waktu Kecil

10:58 PG


Makin lama makin berumur ini tiba tiba rindu pula zaman kanak kanak.. macam pantas sangat waktu berjalan.. rasanya macam baru berumur 6 7 tahun lagi.. padahal tahun ini dah 27 tahun.. dah nak ada baby lagi tu.. tapi yang pasti perangai keanak anakkan tu masih still hadoooo.. huhu..

Harap harap lepas baby lahir nanti perangai keanak anakkan tu boleh hilanglah.. kalau xhilang banyak, hilang sikit pun jadilah.. kalau tak peninglah si ayah nanti nak melayan.. mana 1 ibu mana 1 anak.. huhu..

Kat bawah ini deeba sharekan sebahagiaan senarai tentang perihal zaman kanak kanak.. deeba rasanya pernah buat semua yang tertulis seperti dibawah ini.. korang pula pasti pernah kan.. meh la sesama kita mengimbau kenangan zaman kanak kanak kita.. 

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni "

"
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..
28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.
Itu semua kenangan-kenangan waktu kanak kanak.
No berapa kena dengan anda? sharelah dengan deeba.. mana tahu kita geng..

Hehe.. selamat mengimbau kembali kenangan waktu kecil :)

You Might Also Like

6 ulasan

  1. alahaii..kita melalui fasa hidup kanak-kanak yang sama. tak kira kita dari negeri mana sekalipun..

    yang tang no 29 tu : ingatkan kami je macam tu.. hahaha

    BalasPadam
  2. hahahaha...mmg slalu buat
    SELAMAT PETANG..SYIRA SINGGAH BLOGWALKING :D
    NAK TAK SYIRA PROMOTE BLOG DAN IG ??
    TINGGALKAN LINK DI PAGE BOG SYIRA LOKMAN
    https://www.facebook.com/syiralokman5

    TERIMA KASIH :)

    BalasPadam
  3. Tertinggal lagi satu, tarik2 tudung dengan kawan, hahahaha~ dengki giler~

    BalasPadam
  4. suka main cop tiang..lagi satu suka main cuit@tepuk badan kawan..balas membalas...klu tak dpt tarik muka...huhuhu

    BalasPadam
  5. Masa ank kecil lagi tak jadi budak sgt.. Tapi anak tengah membesar tu jadi budak balik sbb nak layan anak... Hehe

    BalasPadam