Pages

Dari Kacamata Seorang Wanita Official Blog

    • Home
    • Petua
    • Resepi
    • Giveaway
    • Tips
    • shop
    • travel
    • food


    Diri, kadang-kadang rasa ingin lari jauh dari kehidupan ini..

    Perit yang dirasakan, tak semua insan mengerti..

    Senangnya mereka berkata, tapi bukan semudah itu untuk aku lakukan..

    Sakitnya, hanya aku yang mengerti..

    Sedihku, tangisku.. hanya aku yang mengerti..

    Apa yang mereka faham tentang kesedihanku?

    Tidak, mereka tidak akan mengerti apa yang aku rasakan..

    At: Pantai Morib, 12:51pm
    Continue Reading


    Semalam adalah pengalaman..
    Hari ini adalah pengajaran..
    EsOk adalah pelajaran..

    Hidup sentiasa berputar..
    Kadang kala di bawah..
    Kadang kala di atas...
    Kadang kala gembira..
    Kadang kala sedih..
    Kadang kala bergelak ketawa..
    Kadang kala menangis..

    Itulah KEHIDUPAN..
    Tiada yang sempurna..
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan salam perkenalan daripadaku.. namaku yang sebenarnya adalah ADIBAH BINTI SUKARMAN.. Tetapi aku lebih suka dipanggil dieba.. aku dilahirkan di banting selangor pada 6 april 1988 dan pada ketika ini umurku menginjak keusia 26 tahun..  aku merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.. warna kegemaranku adalah merah jambu dan juga hijau.. aku juga bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti kak siti rosmizah dan juga teja irzara.. mereka adalah penulis novel yang aku kagumi.. sebab itulah aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel seperti mereka..

    Tetapi bukan senang untuk menjadi seorang penulis.. sedangkan kini menulis diblog pun masih ada lagi yang tidak berpuas hati.. namun aku anggap itu semua cabaran untuk aku.. yang penting aku dapat menulis apa yang aku rasakan..

    Tatkala aku ingin berjinak-jinak untuk menulis novel, aku jadi takut untuk menulis.. entahlah, aku sendiri tidak mengerti apa yang terjadi..

    Tapi yang pasti aku tetap ingin menulis..

    Jadi sebab itulah aku membuat blog dan aktif diblog.. bertahun lamanya..

    Walaupun mungkin dari dulu dan ketika ini tiada siapa yang mengenaliku, tetapi aku tetap bersyukur kerana aku masih dapat menulis lagi..

    Masihku ingat lagi, sewaktu mula-mula aku menulis blog..

    Waktu itu, aku rajin menulis blog.. aku banyak menulis tentang perjalanan hidupku..

    Alhamdulillah, ada yang sudi membaca entry-entryku dan memfollow blog aku yang tidak seberapa itu.. terima kasih semua..

    Banyak komen yang ku terima.. sebagai tanda sokongan untuk seorang penulis baru sepertiku.. dan tak lupa juga komen-komen yang kurang senang dengan entry yang aku tulis..

    Tidak mengapa, aku terima setiap teguran dan nasihat untuk penulis seperti aku ini..

    Takkan sesekali aku mengalah..

    Ini minatku.. tiada siapa yang berhak untuk menghalang aku untuk meneruskan impianku.. jika tidak dapat menjadi seorang penulis novel pun sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dapat menulis diblogku sendiri.. ya, blog kesayanganku..

    Dan seingatku, ini adalah blogku yang ke 5..

    Mengapa 5?

    Blogku yang pertama telahku padam, atas sebab-sebab yang tak dapatku elakkan.. blogku yang kedua aku dedikasikan untuk seseorang.. namun sayang seribu kali sayang, sewaktu aku pulang kerumah daripada menjalani pembedahan di IJN, blogku itu rupa-rupanya telah pun dihack.. sedih sekali aku rasakan.. namun mungkin sudah suratan.. seseorang itu telah pergi meninggalkan aku keseorangan.. bertambah sedih lagi aku.. sudahlah sakit belum sembuh, ditambah lagi sakit lain.. tidak mengapa.. aku redha.. dan blogku yang ketiga, juga aku tujukan untuk seseorang..  seperti yang lalu, seseorang itu pun meninggalkan aku jua.. aku ditinggalkan keseorangan apabila jantungku mulai sembuh.. rupa-rupanya orang itu hanya mengasihani aku kerana aku sakit jantung seperti arwah adiknya.. terkejut bukan kepalang aku.. sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan.. lalu aku pun padam juga blog itu.. dan teruskan hidupku..

    Lama aku berdiam daripada dunia blog.. sehinggalah dua bulan selepas itu, aku mulai membuat blog yang baru.. pada mulanya aku buat blog itu hanya untuk menulis tentang sakitku dan keadaan sekelilingku.. namun pada suatu hari, aku dijemput untuk join satu segmen ni.. lalu aku pun mencubalah.. dan alhamdulillah pertama kali aku join tu aku terus menang.. alhamdulillah rezeki.. dan sejak daripada itu aku teruskan lagi join sebarang segmen yang ada.. ternyata murah rezekiku.. banyak juga yang aku menang.. alhamdulillah.. dan sejak daripada itulah blog aku yang keempat menjadi blog untuk contest.. dan aku ada juga selitkan kisah yang aku lalui setiap hari..

    Dan entah kenapa pada suatu hari aku terfikir untuk membuat blog baru.. lalu inilah blogku yang kelima.. blog untukku menulis apa yang bermain difikiranku.. dan aku harap ini blogku yang terakhir..

    Alhamdulilah kini blogku semakin dikenali ramai.. terima kasih sudi singgah diblogku ini.. dan terima kasih sudi follow dan memberikan komen-komen yang semangat untuk aku.. segala kata nasihat akan aku jadikan pedoman..

    Terima kasih pada semua..

    Yang banyak memberikan sokongan untukku..

    #Throwback 
    Continue Reading

    Assalammualaikum dan selamat petang semua.. cuaca petang ni teramat la hangat ye.. entah bilakah akan hujan lagi.. harap-harap dalam masa terdekat ni.. in shaa Allah..

    Sebenarnya petang ni dieba nak menulis tentang E-DAY dieba dan juga di DIA.. eetelah 4 bulan lebih barulah nak menulis tentang tu.. huhuhu.. 

    Sebenarnya lepas tunang haritu lagi dah nak tulis tapi busy lak.. hehehe..  lagipun entry tu asyik tulis sekerat, sekerat je.. entah bila lah nak habis.. 

    So kebetulan, sekarang ni barulah ada masa terluang untuk menulis.. so jemput lah baca ye.. 

    Sebulan sebelum majlis..
    Alang-alang sudah ke johor, pergi lah cari barang hantaran.. banyak sangat yang berkenan.. rasa macam nak beli satu kedai dan kedai-kedai sebelahnya sekali.. rambang mata jadinya.. nasib baik kereta tak muat.. huhuhu.. kalau tak memang habislah diborong..

    Happy sangat dapat shopping barang kahwin kat tempat lagi selain daripada banting.. tapi tu lah dapat beli sikit je.. almaklumlah kereta tak muat nak bawak barang banyak ni.. takpe, nanti yang lain beli kat banting je..

    Beberapa minggu kemudian
    Sibuknya mengalahkan macam orang nak buat majlis kahwin, padahal baru nak bertunang.. haih, walaupun sibuk tapi serius happy.. rasa macam tak percaya je dah nak dekat majlis..

    Sepatutnya lagi seminggu lambat.. tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan majlis terpaksa diawalkan.. fuh, makin dup dap dup dap je rasanya..

    Banyak yang nak kena buat ni.. sempat ke ni? harap-harap sempat lah..

    Itu kisah sebulan sebelum majlis.. yang ni lagi lah.. haih..

    Seminggu sebelum majlis
    Rasa nak pitam pun ada.. haih, barang banyak tak beli lagi.. macam-macam jadi sebenarnya.. leh pulak kedai yang jual barang-barang perkahwinan tu tutup.. cuti apa entah.. lupa lah.. tiga hari pula tu.. huh, majlis lak lagi beberapa hari..

    Tu baru barang hantaran, bab baju lagi.. haih, susahnya nak cari kaler yang berkenan.. kalau ada pun tak muat.. pastu banyak yang besar lak tu.. haih sedihnya..

    Macam mana ni..

    Dieba just nak baju simple tapi cantik bila dipakai.. dan pasal barang-barang hantaran tu pun nak yang simple-simple je..

    Dan alhamdulillah cari punya cari akhirnya jumpa juga baju yang berkenan.. simple but nice.. yeah-yeah.. rasa nak melompat tinggi-tinggi je.. haih, takmo lah karang jatuh susah lah.. huhuhu..

    Settel bab baju, now barang hantaran yang masih tak cukup.. nasib baik la hari ke 4 tu kedainya bukak.. leh lah cari barang-barang nya.. kalau tak tak tahu nak beli kat mana lagi.. sebab rasanya kat banting ni kat situ yang paling okay.. banyak pilihan lak tu.. tu yang suka pergi situ tu..

    Selepas tu setiap hari pasti akan keluar ke banting bersama mak untuk mencari barang-barang yang masih lagi tak cukup.. haih, beberapa hari tak senang duduk.. banyak yang hendak dibuat.. serius penat.. lebih-lebih lagi mak.. mak lagi lah penat.. kecian mak..

    Tapi aku dapat lihat mak dengan abah betul happy dengan majlis ni.. walaupun penat tapi mereka tetap buat yang terbaik untuk anak sulung mereka ni.. ya, mak dengan abah paling busy menguruskan majlis ni..

    Terima kasih mak dan abah..

    Rasa nak nangis..

    Tahan, please tahan airmata tu..

    Okay dah tahan airmata :)

    3 hari sebelum majlis
    Hari terakhir untuk cari apa lagi yang tak ada.. check punya check, hurmmm.. tudung lupa nak beli.. ohhh tidak.. macam mana leh lupa ni? macam mana nak pakai masa tunang nanti.. macam tak sempat je nak cari yang sesuai.. nak tak nak carilah apa yang ada kat banting..

    Petang tu jugak pergi banting dengan sepupu dan makcik untuk cari tudung.. masa tu dah pening tak tahu nak cari tudung yang mana.. sebab semuanya macam tak berapa berkenan dihati.. sebab dah bayangkan nak pakai tudung yang macam mana..

    Urusan tudung semuanya kita serahkan pada makcik dan sepupu untuk memilih.. nasib baiklah pilihan mereka kita berkenan.. alhamdulillah cantik..

    Malam tu try lah gubah hantaran.. huhuhu, gubah lah sangat.. ala sikit-sikit je, sebab mak dengan sepupu yang banyak tolong buat semuanya.. hehehe..

    Sehari sebelum majlis
    Khemah mula dipasang dihadapan rumah.. cantiknya.. memang yang dibayangkan.. yeah-yeah.. nasib sama.. kalau tak kite merajuk.. hahaha..

    Tutup cerita tentang khemah hari ni adik perempuan kita balik kerumah dengan kawannya.. nasib baik adik ade untuk tolong apa yang tak siap lagi..

    Nasib baik ada yang menolong.. makin lama makin ramai yang datang menolong.. alhamdulillah..

    Pagi tu jugak lak makcik dieba yang sememangnya memang pandai mengubah terus tolong mak pasang pelamin mini untuk kita tu.. bila dah siap, wah cantiknya.. memang simple tapi sangat nice..

    Sukanya.. rasa macam nak bersanding sekarang gak.. hehehe..

    Petang tu adik, sepupu dan makcik pergi kebanting ambik barang.. huargghhh, sampai hati kita ditinggalkan dirumah.. tidak diajak.. terus kita merajuk.. hurmmmm..

    Kata makcik pengantin tak leh keluar rumah..

    Hah? pengantin.. siapa?

    Eh eh tanya kita pulak, dia lah sapa lagi..

    Haih, makcikku.. kita nak tunang je takkan lah nak kena kurung gak kat rumah.. hurmmm..

    Terus lari masuk bilik..

    Merajuk la kononnya..

    Hahahaha.. padahal duk online dalam bilik.. huhuhuhu..

    Lewat petang tu semuanya mulai berkumpul dirumah ni.. ramainya.. meriah lak tu.. lama tak rasa meriah macam ni.. alhamdulillah..

    Bersambung lagi buat gubahan hantaran.. banyak nya tak siap-siap.. memang macam dah nak majlis kahwin dah.. hihihi..

    Sampailah kemalam.. masih buat hantaran lagi..

    Penatnya..

    Namun akhirnya siap juga.. alhmdulilah..

    Terima kasih semua.. sayang semuanya..

    Hampir lewat malam namun mata ni masih belum jua mengantuk.. sedangkan ramai yang menyuruh untuk tidur.. tapi masalahnya susah nak lelapkan mata.

    Sebab semakin berdebar-debar..

    Oh esok,

    Harap-harap berjalan dengan lancar.. amin..

    Zzzzzz.. entah bila tertidurnya pun tak tahu :)

    Bersambung dibahagiaan kedua
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About Me

    press
    Deeba Adeeba
    Personal Blogger | Malaysian Blogger
    For any inquiry, e-mail me at adiebasukarman@yahoo.com

    Follow Us

    • facebook
    • twitter
    • instagram

    Nuffnang

    Like us on Facebook

    Followers

    ShoutBox

    Blog Archive

    • ▼  2018 (2)
      • ▼  Februari 2018 (1)
        • PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malays...
      • ►  Januari 2018 (1)
    • ►  2017 (42)
      • ►  Disember 2017 (7)
      • ►  November 2017 (7)
      • ►  Oktober 2017 (5)
      • ►  September 2017 (19)
      • ►  Ogos 2017 (1)
      • ►  Julai 2017 (1)
      • ►  April 2017 (2)
    • ►  2016 (42)
      • ►  Disember 2016 (1)
      • ►  November 2016 (4)
      • ►  Oktober 2016 (2)
      • ►  September 2016 (3)
      • ►  Ogos 2016 (13)
      • ►  Julai 2016 (3)
      • ►  Jun 2016 (3)
      • ►  Mei 2016 (2)
      • ►  Januari 2016 (11)
    • ►  2015 (55)
      • ►  November 2015 (1)
      • ►  Oktober 2015 (2)
      • ►  September 2015 (3)
      • ►  Ogos 2015 (1)
      • ►  Julai 2015 (4)
      • ►  Jun 2015 (16)
      • ►  Mei 2015 (16)
      • ►  April 2015 (10)
      • ►  Februari 2015 (1)
      • ►  Januari 2015 (1)
    • ►  2014 (110)
      • ►  Disember 2014 (1)
      • ►  November 2014 (12)
      • ►  Oktober 2014 (5)
      • ►  September 2014 (1)
      • ►  Ogos 2014 (1)
      • ►  Julai 2014 (11)
      • ►  Jun 2014 (5)
      • ►  Mei 2014 (12)
      • ►  April 2014 (24)
      • ►  Mac 2014 (22)
      • ►  Februari 2014 (13)
      • ►  Januari 2014 (3)
    • ►  2013 (18)
      • ►  Disember 2013 (1)
      • ►  November 2013 (1)
      • ►  Oktober 2013 (1)
      • ►  Ogos 2013 (1)
      • ►  Julai 2013 (1)
      • ►  Mei 2013 (1)
      • ►  April 2013 (3)
      • ►  Mac 2013 (3)
      • ►  Februari 2013 (2)
      • ►  Januari 2013 (4)
    • ►  2012 (16)
      • ►  Disember 2012 (5)
      • ►  November 2012 (3)
      • ►  Oktober 2012 (4)
      • ►  September 2012 (2)
      • ►  Ogos 2012 (2)

    Populor Post

    • Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
    • Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi
    • Petua Hilangkan Bau Hanyir
    • Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0
    • Petua Nak Hilangkan Bau Busuk Didapur

    Labels

    Giveaway Petua Sinopsis Novel Resepi Wordless Wednesday Tips Viral Diy Mutiara Kata Ulang Tahun Wedding Gold Coast Morib Happy Bufday Nuffnang Salam Jumaat Tonton Online Walimatulurus

    Total pageviews

    Created With By BeautyTemplates & MyBloggerThemes

    Back to top