Allah beri rasa sakit itu supaya kita menghargai erti sihat.. Ya kini aku lebih menghargai masa sihat aku dulu.. Bahkan saat ini aku rindu saat aku masih sihat.. Aku bebas berjalan.. Sedangkan kini, hendak berjalan setapak dua dah mengah.. Sesak nafas semua.. Jadi pesan ku buat semua, sentiasalah menghargai kesihatan diri,,
Jangan lemah sebab manusia.. Mereka cuma tahu mengata sedangkan tidak tahu apa yang kita rasa..
Jangan lemah kerana manusia..
Biar kuat kerana Allah..
Saat lemah tidak berdaya, pintalah kekuatan pada Allah..
Dia pemilik segala kekuatan..
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..