5 Hari Jadi

Assalammualaikum dan selamat malam semua.. dah makan malam? kalau belum pergilah makan.. jangan tak makan pula karang sakit pula.. perg...



Assalammualaikum dan selamat malam semua.. dah makan malam? kalau belum pergilah makan.. jangan tak makan pula karang sakit pula.. pergi makan ye..

Sebenarnya malam ini dieba nak menulis tentang 5 hari jadi.. haih, banyak tu sampai 5.. hehehehe.. ramai yang lahir bulan april ni dalam keluarga dieba.. antaranya, dieba, nenek dieba, mak dieba, makcik dieba dan sepupu dieba..

Hah, banyak kan.. huhuhu..

5 april, 

Selamat hari ulang tahun kelahiran buat nenekku.. cucumu ini mendoakan mu agar sentiasa sihat walafiat.. panjang umur, makin dimurahkan rezeki, serta berbahagia bersama atuk dan kami semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu..

6 april, 

Alhamdulillah, sudah 26 tahun dieba hidup didunia ini.. terasa macam baru semalam dieba dilahirkan.. ya, sepanjang dieba hidup ini banyak dugaan yang harus dieba tempuhi.. sampai adakalah nya jatuh tersungkur.. namun dieba gagahkan jua untuk bangun kembali.. doa dieba semperna hari lahir ini adalah, semoga dieba menjadi anak yang baik pada kedua-dua ibu bapa dieba.. menjadi seorang kakak yang sentiasa ada buat adik-adik.. serta tak lupa juga menjadi seorang isteri yang solehah buat bakal suami dieba.. ibu yang penyayang untuk anak-anak.. semoga menjadi menantu sayangi mak mertua seperti mak sendiri dan kakak ipar yang sayang pada adik-adik ipar seperti adik kandung.. in shaa Allah, hujung tahun ini dieba akan melangsungkan perkahwinan bersama-sama dengan tunang dieba.. in shaa Allah.. doakan agar semua berjalan lancar ye..

7 april,
Hari ini hari lahir insan yang melahirkan dieba, yaitu, mak dieba sendiri.. dieba nak ucapkan selamat hari jadi buat mak dieba yang selama ini telah bersusah payah membesarkan dieba.. yang berkorban apa sahaja untuk dieba.. selamat hari lahir mak, semoga selamat sejahtera didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus ibadah kepadaNya..
sayang mak sampai syurga..

10 april,
Walaupun belum sampai masanya lagi.. tapi dieba nak wish dulu.. haritu adalah hari jadi sepupu dieba.. yaitu niesa.. selamat hari lahir buatmu niesa.. kak dieba doakan semoga selamat sejahtera didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, belajar rajin-rajin, buat ibu dan ayah bangga.. jangan nakal-nakal disana okay :) sayang kamu sepupu..

16 april,
Ucapan yang terakhir ini buat makcik dieba.. yaitu, ibu kepada niesa.. selamat hari lahir untuk cik era, dieba doakan semoga acik selamat sejahtera didunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik.. dan berbahagia bersama keluarga..

Cukup 5 hari jadi kan.. tengok tu.. hari lahir kami dekat-dekat kan.. tu yang uniknya tu.. sebenarnya kalau tidak hari lahiran dieba jatuh pada tarikh 7 april, sama seperti mak dieba.. tapi mak cakap anak dia ni tak sabar-sabar nak keluar cepat.. hehehe.. nak keluar cepat tapi susah nak keluar, sampai kena pindah hospital tu.. dari banting ke klang.. ngada-ngada nak lahir jauh sikit.. huhuhu..

Begitulah sahaja kisah 5 hari jadi..

5 hari jadi yang penuh bermakna buat dieba dan keluarga.. sesungguhnya dieba merindui mereka semua.. ada yang duduk dekat dengan dieba dan ada yang duduk jauh.. walaupun dekat hati sentiasa rindu.. begitulah juga dengan yang jauh, lagi bertambah rindu.. mungkin juga ini hari jadi yang terakhir dieba dapat bersama dengan mereka.. hari jadi yang terakhir bergelar orang BUJANG..

Tahun depan, kalau diizinkan berdua dengan suami.. tapi dieba harap sangat agar selagi masih ada hayat dieba, dieba dapat bersama-sama dengan keluarga dieba dihari bahagia dieba..

Bila dah jadi isteri orang tidak bermakna keluarga tidak bermakna lagi.. selagi masih ada hayat dieba, selagi itulah seluruh keluarga besar dieba adalah harta yang paling bernilai dieba pernah ada.. dieba sayang semuanya.. tanpa mereka tiada erti bagi pemilik nama ADIBAH BINTI SUKARMAN ini..

Buat Encik Tunang, terima kasih sebab ingat dan jadi orang first yang ucap.. walaupun abg busy tapi abg tetap ingat.. terima kasih abg.. hadiah ucapan yang abg bagi itulah hadiah yang paling bermakna buat akak.. akak sayang abg..

Buat Mak dan Abah, terima kasih atas segala penat lelah dan pengorbanan dalam membesarkan anakmu ini.. melahirkan, mengandungkan, membesarkan.. sungguh along tidak dapat membalas jasa dan kasih sayang mak dan abah.. along tak dapat banggakan mak dan abah seperti adik dan anak-anak orang lain.. setituk peluh, sehela nafas mak dan abah, setitis darah mak ketika melahirkan itu pun tidak dapat along balas.. along doakan semoga mak dan abah sentiasa bahagia.. semoga Allah merahmati mak dan abah selama-lamanya hingga kesyurga.. walaupun nanti alonh tak duduk bersama lagi tapi along takkan lupakan mak dan abah selamanya.. macam tu juga dengan adik-adik.. walaupun selalu bergaduh, tapi jauh dari sudut hati tak terniat pun nak bergaduh dengan adik-adik.. semoga kita semua dapat berkumpul lagi sama-sama macam dulu.. in shaa Allah..

Tak lupa juga, buat kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.. terima kasih untuk ucapan hari lahir itu.. terima kasih sangat-sangat.. 
At: Rumahku syurgaku, 7 april 2014

Notahati: Airmata jatuh menitis tatkala menulis..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Happy belated belated birthday buat Dieba... semoga apa yang diimpikan akan tercapai tahun ni... Amin...

    BalasPadam

Flickr Images