10 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Masuk Peti Ais

4:40 PTG


Assalammualaikum..

Ramai atau tidak yang tahu sebenarnya ada diantara makanan yang tidak boleh kita simpan didalam peti ais.. mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak.. deeba pun sebenarnya baru tahu.. kalau xsemuanya nak disumbat dalam peti ais.. hehe.. mari kita tengok 10 jenis makanan yang tidak boleh kita masukkan dalam peti ais.. 

1 : BAWANG

Ia kerana kelembapan dalam peti ais boleh membuatkan teksur merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lecih cepat busuk.. seeloknya simpan bawang ditempat yang sejuk dan kering..

2 : Kopi 

Tidak ramai yang tahu sebenarnya biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan didalam peti ais.. ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasadan aromanya.. jadi simpan sahaja kopi ditempat yang kering dan sejuk..

3 : Minyak Zaitun

Yang paling ketara, anda akan dapati tekstur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan didalam peti ais..

4 : Daun Kemangi


Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais.. lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar..

5 : Madu

Madu tidak akan rosok jikan anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat.. jadi anda tidak perlu menyimpannya didalam peti ais..

6 : Bawang Putih 

Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut.. lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam tempat sejuk dan kering..

7 : Roti

Roti akan cepat kering jika disimpan dalam peti ais.. seeloknya letak roti didalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput..

8 : Avokado

Mahu buah avokado cepat masak? kalau peram dalam peti ais itu salah.. ini hanya melambatkan proses matang buah avokado..

9 : Kentang
Menyimpan kentang didalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis.. lebih baik anda simpan dalam bekas diluar peti..

10 : Tomato 


Letak tomato didalam peti ais hanya buat tomato cepat kecut dan hilang rasa segar.. untuk jaga rasanya, anda beli secukup buat masak sahaja.. atau tomato yang anda beli boleh direndam didalam sedikit air tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk..

Cukup 10.. hehe.. mungkin sebenarnya ada lagi yang tak tersenarai.. yang deeba baca ni 10 je.. jadi 10 juga la yang deeba sharekan dengan uolls.. hehe.. jadi uolls yang dah tahu tu cepat check peti ais.. kot2 ada dalam 10 senarai diatas.. boleh kita keluarkan dari peti ais tu..

Okaylah, jumpa dientry yang seterusnya.. assalammualaikum.. 

You Might Also Like

3 ulasan

  1. kalau tomato tu mmg cikla simpan dlm peti Ais...

    BalasPadam
  2. Semua tidak dimasukkan ke dalam peti ais :)

    Terima kasih share.

    BalasPadam
  3. singgah sini :) nice entri

    jom join contest pandora by syahirah valiant :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/10/contest-saya-nak-pandora-untuk-yang.html

    BalasPadam