Nangis, Emosi Dan Perasaan Seorang Aku
12:12 PTGMasa kecik kecik dulu kalau aku rasa nak menangis, aku nangis..
Dan kalau aku dah mula menangis aku menangis sekuat hati aku..
Aku nak semua orang dengar aku menangis..
Aku nak semua orang beri perhatian lebih pada aku berbanding beri perhatian pada orang lain..
Tapi itu dulu masa aku kecik kecik
Sekarang bila aku dah besar, kalau boleh aku nak nangis nyorok nyorok daripada orang..
Sebab aku tak nak orang gelakkan aku sebab aku menangis..
Sebab aku rasa aku dah besar..
Tapi aku masih lagi suka menangis..
Nak buat macam mana..
Dah itu sifat diri aku..
Pernah suatu hari, aku nangis sampai bengkak mata..
Aku keluar bilik dengan mata sembab..
Mak aku tanya kenapa mata aku..
Aku bohong kat mak yang mata aku bengkak sebab aku baca novel cinta..
Takkan aku nak cakap aku nangis sebab itu yang aku suka..
Suka apa..
Ofcos la suka nangis..
Dalam dunia ini ada tak orang yang macam aku?
Gemar menangis..
Walaupun kadang kadang aku menangis tanpa sebab..
Semua itu dulu..
Sekarang umur aku dah 27 tahun, dah jadi isteri orang pun.. apatah lagi dah nak jadi mak orang.. takkan la aku nak nangis lagi kan..
Haha..
Untunglah perangai nangis aku dah berubah..
Padahal, sejak aku mengandung ni.. aku selalu nangis.. entah lah.. kadang kadang aku pun tak faham dengan emosi aku ni.. menangis.. menangis..
Sampai suami aku pun pening kepala..
Kadang aku kecian pada suami aku..
Yelah, emosi aku makin hari makin tak stabil..
Sampai sekarang ni pun aku duk berjauhan dari suami aku..
Dia disana aku disini..
Mungkin sebab emosi aku susah nak dikawal sebab yelah, orang yang sakit tiriod macam aku ni susah nak kawal perasaan dan emosi..
Tapi yang pasti bila berjauhan aku rindu suami aku..
Kalaulah emosi aku ni okay..
3 ulasan
jangan menangis banyak sangat tau :)
BalasPadamtake care mommy. tak mo nangis2 yer
BalasPadamMenangis adalah salah satu cara untuk kita meredakan kesedihan dan kemarahan yg bermukin di hati..
BalasPadam#done follow dan klikk tabung (;